Menu
Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) KritikanBeberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan menggesa pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta sungguhpun mereka memiliki akta yang serupa seperti Akta USA PATRIOT.
Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.
Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."
Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.
Menu
Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) KritikanBerkaitan
Akta Akta Parlimen di United Kingdom Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Akta Hasutan 1948 Akta Hak Asasi Manusia 1998 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta Perhimpunan Aman 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Rujukan
WikiPedia: Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/175950 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/... http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/201... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007... http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Act%2082.pdf http://www.malaysia-today.net/MMblues/2005/10/tast... http://www.malaysia-today.net/loonyMY/2005/11/true... http://hrw.org/backgrounder/asia/malaysia-bck-0513...